Oct 21, 2026
Kandang auto nampak bersih, rapi & selesa untuk bekerja apabila kita amalkan 5S iaitu;
1) Sisih barang yang tak lagi diperlukan.
2) Susun barang, peralatan dengan teratur. Kembalikan semula ke tempat asal selepas guna.
3) Sapu lantai, ruangan kerja dan bersihkan mesin secara berkala.
4) Seragam; kekalkan tahap kebersihan & kekemasan mengikut SOP yang ditetapkan setiap masa.
5) Sentiasa amal; latih dan disiplinkan diri/pekerja untuk patuh sistem 5S secara berterusan hingga jadi budaya kerja.
#CeritaDariKandang #LadangLembu #LadangKambing