Aug 13, 2026
Kambing tak boleh bercakap dengan kita jika ada sesuatu yang tak kena. Jadi kitalah yang kena rajin tengok.
Bila bela ternakan, kerja kita bukan setakat bagi makan pagi dan petang. Air minum juga kena pastikan cukup.
Pemerhatian pada body, fizikal kambing sangat penting. Ini antara rutin yang dibuat setiap hari.
Sambil mandikan kambing & bersihkan kandang, sambil kita monitor.
Jika ada yang cedera/sesuatu yang tak kena, rawatan dapat diberikan segera.
Bila kita pegang dan tengok ternakan setiap hari, lebih mudah untuk kita kenal keadaan mereka.
Kambing mana yang sihat dan aktif, yang mana nampak kurang selera dan kambing yang mana mungkin perlukan perhatian lebih.
Nak kami kongsikan lagi cerita kehidupan di kandang? ????
#FarmLife #AnimalWelfare #CeritaDariKandang #LadangKambing #PenternakJohor